13 November 2001
Adinfo
Utusan Express
Utusan Malaysia
 

Search Archives
Feedback
Corporate Info


 korporat

Sasaran 350,000 guna MasterCard Electronic dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR 3 Mei - MasterCard International menjangka seramai 350,000 orang akan menggunakan produk barunya, `Mastercard Electronic' dalam tempoh tiga tahun.

Menerusi kad yang dikendalikan oleh Southern Bank Bhd. (SBB) itu, pemiliknya boleh membeli sesuatu barangan dengan memotong terus daripada akaun `Mastercard Electronic'.

Naib Presiden MasterCard International Malaysia, Jim Cheah berkata, daripada jumlah yang sasaran itu, majoriti pengguna adalah golongan remaja.

``Kami menjangka produk baru ini akan mendapat sambutan kerana ia diterima di 30,000 premis perniagaan di negara ini dan 8 juta lokasi di seluruh dunia,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran `Mastercard Electronic' yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Eksekutif SBB, Datuk Tan Teong Hean dan Naib Presiden Kanan MasterCard International (Asia Tenggara dan Selatan Asia), Sonny Sannon di sini, hari ini.

Kad tersebut mula dilancarkan di India dan Brazil pada November 1999 manakala Filipina merupakan negara Asia Tenggara pertama mendapat kemudahan itu iaitu lima bulan lalu.

Menurut Cheah, MasterCard International akan melancarkan `Mastercard Electronic' secara besar-besaran di seluruh Asia pada tahun ini.

Pada majlis itu, SBB turut menganugerahkan pelajar multimedia Lim Kok Wing Institute of Creative Technology, Tan Jin Ho dengan Anugerah Kecermelangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SBB kerana kecemerlangannya dalam bidang reka bentuk 3D.

Tan berkata, Jin Ho merupakan contoh baik kepada belia Malaysia kerana telah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dengan membuktikan keupayaan menerusi imaginasi kreatifnya.

``Kami berbangga untuk memilihnya sebagai penerima pertama anugerah ini dan juga sebagai ahli kad Southern MasterCard Electronic yang pertama,'' ujarnya.






Salam Online

Liputan Khas

Utusan di Pakistan

www.tutor.com.my


© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my